Tuesday, November 10, 2009

12 - PRODUK - MZ LadyCare

MZ LadyCare adalah 1 lagi produk dari MCIS Zurich yang direka khusus untuk kaum wanita. Apa yang pasti, MCIS Zurich mengiktiraf kehadiran kaum wanita, lantas produk ini wujud bagi memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada mereka.



Tahukah anda, statistik menunjukkan kaum wanita didapati lebih cenderung menghidap penyakit berbanding lelaki, terutama selepas berumur 40-an (manakala kaum lelaki mempunyai kadar risiko yang tinggi - mengalami risiko kemalangan yang tinggi).







Kepada kaum wanita diluar sana, lindungilah diri anda dengan
MZ LadyCare. Yakinkanlah suami atau diri sendiri menghadiahkan
MZ LadyCare untuk anda.

Oleh sebab itu, gunakanlah kesempatan ini untuk melindungi diri anda kerana terdapat pelan perlindungan yang melindungi diri anda wahai kaum wanita.


(klik untuk membesarkan gambar)

 Akhir kata, wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:29am-

Monday, November 9, 2009

11 - Senarai Hospital.

Dibawah merupakan senarai panel hospital yang terkini sehingga
26 Februari 2009.

Kuala Lumpur.
1.Apollo TTDI Medical Centre, Kuala Lumpur.
2.Damai Service Hospital, Kuala Lumpur.
3.Chinese Maternity Hospital, Kuala Lumpur.
4.Damai Service Hospital Melawati, Kuala Lumpur.
5.Gleneagles Intan Medical Centre, Kuala Lumpur.
6.Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur.
7.Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
8.Kampung Baru Medical Centre, Kuala Lumpur.
9.Pantai Cheras Medical Centre, Kuala Lumpur.
10.Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur.
11.Pusat Pakar Tawakal, Kuala Lumpur.
12.Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.
13.Sentosa Medical Centre Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
14.Taman Desa Medical Centre, Kuala Lumpur.
15.Tung Shin Hospital, Kuala Lumpur.
16.Universiti Malaya Specialist Centre, Kuala Lumpur.
17.Lourdes Medical Centre, Kuala Lumpur.

Selangor.
18.Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang.
19.Arunamari Specialist Medical Centre Klang.
20.Assunta Hospital, Petaling Jaya.
21.Damansara Specialist Centre, Petaling Jaya.
22.Darulehsan Medical Centre, Shah Alam.
23.Kajang Medical Centre, Kajang.
24.Kajang Sentosa Medical Centre, Kajang.
25.Kajang Plaza Medical Centre, Kajang.
26.Kajang plaza Medical Centre, Puchong Puchong.
27.puteri Klang Medical Centre, Klang.
28.kelana Jaya Medical Centre, Petaling Jaya.
29.Megah Medical Specialist, Petaling Jaya.
30.Pantai Klang Specialist Medical, Centre Klang.
31.Selangor Medical Centre, Shah Alam.
32.Sri kota Medical Centre, Klang.
33.Subang Jaya Medical Centre, Subang Jaya.
34.Sunway Medical Centre, Petaling Jaya.
35.The Tun Hussein Onn National Eye Hospital Petaling Jaya.
36.Tropicana Medical Centre Petaling Jaya.

Pulau Pinang.
37.Pusat Pakar Perubatan Bagan, Butterworth.
38.Bukit Mertajam Specialist Hospital, Bukit Mertajam.
39.Gleneagles Medical Centre, Penang.
40.Hope Children Hospital, Penang.
41.Hospital Pantai Mutiara, Penang.
42.Hospital Lam Wah Ee, Penang.
43.Loh Guan Lye Specialist Centre, Penang.
44.Penang adventist Hospital, Penang.
45.Public Specialist Centre, Penang.
46.Tanjung Medical Centre, Penang.
47.Island Hospital, Penang.

Perak.
48.Hospital Fatimah, Ipoh.
49.Ipoh Specialist Centre, Ipoh.
50.Kinta Medical Centre , Ipoh.
51.Larut Medical Centre, Taiping.
52.Hospital Pantai Putri, Ipoh.
53.Perak community Specialist Hospital,  Ipoh.
54.Apollo Medical Centre, Taiping.
55.Taiping Medical Centre, Taiping.
56.Columbia Asia Medical Centre Taiping ,Taiping.

Johor.
57.Century Medical Centre Sdn Bhd, Johor.
58.Hospital Penawar, Pasir Gudang.
59.Johor Specialist Hospital, Johor Bahru.
60.Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru.
61.Medical Specialist Centre, Johor Bahru.
62.Putra Specialist Hospital, Batu Pahat.
63.Pusat pakar Kluang Utama, Kluang.
64.Hospital Pantai Batu Pahat, Batu Pahat.
65.Kempas Medical Centre, Johor Bharu.

Sarawak.
66.Normah Medical Specialist Centre, Kuching.
67.Rejang Medical Centre, Sibu.
68.Timberland Medical Centre, Kuching.
69.Columbia Asia Medical Center, Miri.
70.Kuching Specialist Hospital, Kuching.
71.Sibu Specialist Medical Centre, Sibu.
72.Miri city Medical Centre, Miri.

Negeri Sembilan.
73.Columbia Asia Medical Center, Seremban.
74.Negeri Sembilan Chinese Maternity Medical Centre, Seremban.
75.Seremban Specialist Hospital, Seremban.
76.Mawar Renal Medical Centre, Seremban.
77.Nilai Cancer Institute, Nilai.
78.Senawang Specialist Hospital, Senawang.

Kedah.

79.Metro Specialist Hospital, Sungai Petani.
80.Kedah Medical Centre, Alor Setar.
81.Putra Medical Centre, Alor Setar.
82.Strand Hospital Retirement Home Sdn Bhd, Sungai Petani.

Melaka.
83.Mahkota Medical Centre Melaka.
84.Pantai Ayer Keroh Medical Centre Melaka.
85.Putra Hospital (The Southern Hospital) Melaka.

Sabah.
86.Sabah Medical Centre  Kota Kinabalu.
87.Damai Specialist Centre  Kota Kinabalu.
88.Rafflesia Medical Centre Penampang.

Pahang.
89.Kuantan Medical Centre, Kuantan.
90.Kuantan Specialist Hospital,  Kuantan.

Kelantan.
91.Kota Bahru Medical Centre, Kota Bahru.
92.Hospital Pakar Perdana, Kota Bahru.

Terengganu.
93.Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kuala Terengganu.

Cuba teka negeri mana yang tiada hospital swasta ? ;)

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:20am-

Wednesday, November 4, 2009

10 - PRODUK - MZ HealthCare



Perbezaan Ketara Dengan Satu Kad.
Apabila kesihatan seseorang individu perlu dijaga, anda tidak sepatutnya risau mengenai pembayaran dan prosedur kemasukan yang lambat dan menyusahkan. Sebab itulah anda memerlukan
MZ HealtCare. Ia menawarkan manfaat komprehensif untuk memastikan penginapan hospital yang lancar dan menyenangkan agar individu tersebut boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pemulihan. Anda hanya perlu menunjukkan kad
MZ HealthCare, semudah itu.. :)

Tahukah anda ?
Bagi seseorang individu yang memerlukan rawatan di hospital swasta tetapi tidak mempunyai Kad Perubatan samada dari MCIS Zurich atau dari syarikat Insuran atau pengendali Takaful, individu tersebut perlu menyediakan sejumlah wang sebagai deposit untuk mendapat rawatan di hospital tersebut. Dengan memiliki kad perubatan MZ HealthCare, anda cuma perlu menunjukkan kad tersebut apabila memerlukan rawatan. Kad perubatan MZ HealthCare menyediakan jaminan sebanyak RM2,500. Cukup dengan hanya menunjukkan kad
MZ HealthCare sebagai jaminan deposit untuk mendapat rawatan di hospital swasta.

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta.
Pernahkah anda mendapat rawatan di hospital kerajaan? Bayangkan anda memerlukan rawatan secepat yang mungkin seperti pembedahan atau rawatan seperti M.R.I tanpa menunggu giliran (kepada mereka yang pernah melalui pengalaman ini akan lebih memahami). Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada insan yang anda sayangi atau diri anda sendiri :(

Bayangkan sekiranya berlaku sesuatu pada diri anda sendiri atau orang yang anda sayangi. Bayangkan pula anda telah memiliki kad perubatan MZ HealthCare dan menggunakan kad tersebut, saya dapat membayanginya... kerana pernah mengalami sendiri  pengalaman sebegini.

Jadual Manfaat


(klik untuk membesarkan gambar)

Insuran bersama


(klik untuk membesarkan gambar)

-dikemaskini pd 10/11/2009, 8:28am-

Saturday, September 12, 2009

9 - PRODUK - MZI5G

MZ Income 5G (MZI5G) adalah pelan pelaburan insuran yang tip-top dan paling laris seperti pisang goreng panas di MCIS Zurich. Pelan ini sememangnya pelan yang menjana pendapatan dan simpanan untuk hari persaraan anda kelak kerana pelan ini menawarkan 4 jenis dividen hanya dalam 1 pelan.

Berbanding dengan amanah-amanah saham yang terdapat di Malaysia, pelaburan di amanah saham hanya memberikan 1 jenis dividen sahaja.

Terlebih dahulu, pelan ini memerlukan pelabur untuk menyimpan selama 10 tahun sahaja. Selepas jangkamasa tersebut pelabur tidak perlu lagi menyimpan di MCIS Zurich. Tempoh matang adalah ketika pelabur berusia 88 tahun.

Pelabur juga dibenar mengeluarkan simpanan tersebut pada usia yang lebih awal.

4 jenis dividen tersebut adalah : 
1. dividen kehidupan (survival dividen).
2. dividen tunai tahunan (cash dividen).
3. dividen pilihan (compound dividen).
4. dividen terkumpul (accumulate dividen).

Lihat  contoh pelaburan
Nama Pelabur                 : Mr. Shahrul Reza
Umur                               : 25 tahun
Kelas Pekerjaan              : 1


 (klik untuk membesarkan gambar)

Premium sebulan adalah RM 139.69/sebulan
Premium tahunan adalah RM 1,552.10/setahun (mendapat rebet sekiranya menyimpan secara tahunan).  


(klik untuk membesarkan gambar)

Pelabur yang berusia 25 tahun baru menyimpan RM 15,521.10
Pada usia 55 tahun nilai pelaburan adalah sebanyak RM 45,595.00,
Pada usia 60 tahun nilai pelaburan adalah sebanyak RM 60,238.00.
Tidak perlu tunggu sehingga pelabur berusia 88 tahun, pelaburan boleh dikeluarkan awal sekiranya mahu, tambahan pada perlaburan kwsp anda.

Kenapa tidak mahu melabur ? kerana pelaburan ini :
1. hanya menyimpan 10 tahun sahaja
2. menawarkan perlindungan (kematian dan hilang upaya
    keseluruhan)
3. dapat pelepasan cukai
4. dijamin oleh MCIS Zurich,
5. kerana setiap pelan insuran di Malaysia mendapat kelulusan
    dari Bank Negara Malaysia.

Bagaimana kaum cina  boleh kaya ?
Kaum cina sudah lama mengetahui mengenai faedah insuran, cuma kita sahaja yang masih lemah. Mereka melabur dalam insuran untuk kesenangan anak mereka di kemudian hari. Premium akan diabaikan sekiranya pembayar insuran iaitu ibubapa meninggal dunia, lumpuh atau menghidap salah 1 dari 33 penyakit kritikal. Namun, faedah & perlindungan insuran masih lagi berjalan seperti biasa.
Kaum kita berbangga dengan berhutang, kaum lain telah maju ke hadapan, insuran bukan lagi perlindungan, insuran adalah pelaburan! sebab sekiranya terjadi apa-apa kepada ketua keluarga, anak sudah tidak perlu lagi menyimpan dalam insuran.

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:27am-

8 - PRODUK - MZI5G (contoh penerangan).

Lihat pula pelaburan untuk kanak-kanak yang baru lahir. 

Berumur               : setahun
Perlindungan         : RM 20,000.00
Pelaburan setahun : RM 3,180.38 (bergantung pada kemampuan anda)
Untuk 10 tahun      : RM 31,8038.00


(klik untuk membesarkan gambar)



(klik untuk membesarkan gambar)


Pada usia 75 tahun : RM  1,264,440.00

Pelabur dibenarkan untuk mengeluarkan pelaburan awal sekiranya mahu,  contoh :
Pada usia 51 tahun : RM 297,004.00
Pada usia 36 tahun : RM 125,166.00

Pelabur baru sahaja melabur sebanyak RM 31,8038.00

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:26am-


Friday, September 11, 2009

7 - PRODUK - Teras Malaysia Extra.



Teras Malaysia Extra, apa yang dapat saya katakan, saya berpuas hati dengan pelan perlindungan ini. Pelan ini sebenarnya adalah dari pelan program perlindungan negara (www.niam.org.my/teras.html) yang direka khusus untuk keperluan rakyat Malaysia.

Terdapat beberapa buah syarikat insuran dan takaful iaitu MCIS Zurich, Hong Leong Assurance Berhad, AmAssurance Berhad, Malaysian Insurance Assurance Berhad dan Etiqa Insurance Berhad yang menawarkan pelan ini.

Sebelum ini, Teras Malaysia Extra dikenali sebagai Teras Malaysia tetapi bermula pada tahun ini (atau lebih tepat lagi pada 9 Februari  2009) ianya dikenali dengan nama baru - Teras Malaysia Extra. Saya sendiri telah memiliki pelan ini dan berpuashati dengan pelan yang ditawarkan kerana pelan ini adalah perlindungan yang sebenar kepada jawapan untuk memiliki polisi insuran.

Saya telah memiliki pelan ini ketika ianya dikenali sebagai Teras Malaysia, namun begitu apabila Teras Malaysia bertukar pada nama baru, apa yang dapat saya katakan ialah pelan ini bertambah mantap! ada Extra perlindungan, cukup dengan hanya memiliki pelan asas (saya tidak gemar menggunakan istilah membeli insuran kerana bagi saya insuran bukannya  untuk dibeli, insuran adalah pelaburan) tanpa memiliki perlindungan tambahan (dalam insuran perlindungan tambahan dikenali sebagai rider).


Teras Malaysia yang lama

Untuk pengetahuan semua, pelan insuran berbeza dari 1 pelan ke pelan yang lain dan dari 1 syarikat ke syarikat yang lain, ia mempunyai kelebihannya sendiri. Akan saya ceritakan mengenai pelan ini dan anda tentukan apa yang menarik mengenai Teras Malaysia Extra. Jadi jangan tunggu untuk membandingkan sesebuah pelan insuran dari 1 syarikat ke 1 syarikat, sehingga anda tidak langsung memiliki pelan insuran. Semua pelan insuran dan pelan takaful adalah bagus belaka dan mempunyai kekuatan masing-masing.

Hmmm... nilai simpanan pelaburan insuran (premium) seseorang individu adalah berbeza mengikut umur, jantina, jenis pekerjaan dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, saya tidak dapat nyatakan secara tepat berapakah nilai pelaburan seseorang individu, hanya apabila data seperti umur dan jantina di masukkan ke dalam sistem barulah nilai pelaburan dapat diketahui.

1. Pelaburan.
    Simpanan dalam pelan ini tidak memberikan sebarang
    dividen/bonus/faedah apabila matang. Ha! ini yang saya
    suka mengenai pelan Teras Malaysia Extra. Apabila matang,
    wang tersebut adalah wang titik peluh anda bekerja!
    Boleh gunajan wang tersebut untuk pergi haji,
    InsyaAllah mabrur haji anda. 

2. Perlindungan (manfaat).
    Melabur dalam pelan ini sahaja sudah memperolehi perlindungan,
    Apakah perlindungan tersebut ?

   i. Hospital income benefit (hib).
      -Sehari apabila anda dihospitalkan, elaun sebanyak RM 50.00
       akan diberikan kepada anda (terhad sehingga 45 hari
       untuk setahun)
      -Sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa elaun hospital adalah
       terhad hingga 300 hari. 

  ii. Penyakit kritikal.
      -Sekiranya pelabur insuran didapati menghidap salah 1 dari 36
       penyakit kritikal, maka sejumlah wang sebanyak RM 10, 000.00
       akan diberikan.
      -Premium insuran masih berjalan. 

 iii. Hilang keupayaan untuk bekerja (lumpuh).
      -Sekiranya pelabur hilang keupayaan untuk bekerja dan sebelum
       mencapai umur 65 tahun serta apabila disahkan bahawa pelabur
       tersebut hilang upaya untuk bekerja :

      a. Semua premium yang disimpan diabaikan.
      b. Bayaran tuntutan akan dibayar sebanyak 2 kali. kali pertama
          adalah sebanyak 20% dari nilai perlindungan, 6 bulan dari tarikh
          diagnosis. pembayaran ke-2 adalah sebanyak 80% dari tarikh
          diagnosis dan polisi akan ditamatkan.

  iv. Sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya.
        -Kematian biasa, nilai perlindungan akan diberikan kepada waris.
        -Kematian akibat kemalangan, pampasan adalah 2 kali ganda
         dari nilai perlindungan. 


sekiranya pelabur meninggal dunia akibat kemalangan
faedah tuntutan adalah sebanyak 2 kali ganda, RM200,000.00 

3. Perbelanjaan pengkebumian.
    Sekiranya pelabur insuran meninggal dunia, perbelanjaan
    pengkebumian sebanyak RM 2,000.00 akan diberikan.

4. Matang.
    Apabila polisi matang dan sekiranya tiada tuntutan dibuat ke atas
    hilang keupayaan kekal maka, wang anda akan dikembalikan
    tanpa sebarang faedah.

*nilai had maksima pampasan adalah RM 1, 000, 000.00.
*maklumat ini hendaklah dibaca & perlu diterangkan oleh wakil
 insuran anda.

Faq
1. Kenapa apabila seseorang pelabur hilang upaya untuk bekerja
    (lumpuh), pampasan diberikan 2 kali (20% dan 80%), kenapa
    tidak diberi sekaligus.
2. Kenapa bila pelabur menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal
    premium diabaikan ?
3. Apakah 36 penyakit kritikal tersebut ?

Dapatkan dahulu penerangan insuran dari wakil insuran atau takaful yang sah dan peramah :)

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:25am-


Thursday, September 10, 2009

6 - Claim insuran yang ke-2

Tuntutan insuran untuk yang ke-2 adalah ketika bersukan iaitu ketika bermain badminton. Kaki kanan berbalut selama sebulan dan mendapat cuti mc juga lebih kurang sebulan.

Tuntutan yang ke-2 ini dibuat atas faedah ECPAB (Personal Accident Benefit).

 



 

 

 

Dapat sebanyak RM 245.00.
-dikemaskini pada 25/02/2010, 1:04pm-