Saturday, November 14, 2009

16 - Insuran vs Takaful

Saya terpanggil untuk menulis apa yang bermain difikiran apabila ramai menyuarakan kepada saya bahawa insuran adalah haram manakala takaful adalah sebaliknya. Telah ramai yang cuba mencari artikel dan pendapat di internet atau dalam forum tempatan mengenai insuran untuk membuktikan bahawa insuran adalah haram.

Nasihat saya, hentikanlah membeza-bezakan produk insuran dan takaful dan hentikanlah membuktikan bahawa insuran adalah haram. Berfikirlah secara waras menggunakan akal fikiran.

Disini, ingin saya berkongsi pendapat mengenai insuran dan takaful. Sebenarnya insuran terbahagi pada 2 perkara iaitu Pelaburan dan Perlindungan.

Insuran = Pelaburan Asas + Perlindungan.

Dalam insuran, apabila anda melabur untuk Pelaburan Asas sahaja, diri anda sebenarnya telah dilindungi. Perlindungan tersebut adalah sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya (meninggal) atau sekiranya pelabur hilang keupayaan untuk bekerja (lumpuh). Ini yang menariknya mengenai insuran kerana ianya boleh berfungsi sebagai pelaburan (mungkin berfungsi sebagai KWSP kepada mereka yang bekerja sendiri atau tambahan pada KWSP yang sedia ada).

Manakala Perlindungan pula merangkumi faedah seperti Medikal Kad, 33 (atau 36) penyakit kritikal, manfaat hospital, manfaat MC dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, pelaburan di MCIS Zurich dipantau oleh Majlis Syariahnya sendiri untuk memastikan bahawa pelaburan tersebut tidak melanggar hukum Syarak. MCIS Zurich tidak melabur dalam aktiviti perjudian, dalam perniagaan yang melibatkan arak dan sebagainya. Jadi dimanakah haramnya insuran? Mungkin pada Perlindungan?

Ingin saya kupaskan pula mengenai Perlindungan.

Seperti yang telah saya katakan, Medikal Kad, 33 penyakit kritikal, manfaat hospital, manfaat MC dan sebagainya adalah sebahagian dari Insuran. Adakah portion perlindungan ini yang dikatakan haram?

Untuk pengetahuan pembaca, para pekerja di sektor swasta telah dilindungi oleh Insuran yang disediakan oleh majikan, dimana perlindungan tersebut dikenali sebagai Group Insuran. Tidak pula yang menyuarakan persoalan adakah kad perubatan yang mereka gunakan di klinik atau di hospital bagi mendapatkan rawatan adalah halal atau haram. Mungkin ini tidak difikirkan kerana kos pembiayaan tersebut ditanggung oleh majikan.

Cuba periksa dalam slip gaji bulanan anda, mungkin ada tertulis perkataan SOCSO, apa yang anda faham mengenai SOCSO? Kenapa anda perlu mencarum dalam SOCSO? bukankah SOCSO juga insuran, bukankah kad perubatan yang digunakan adalah insuran?

Sekali lagi, cukuplah membuktikan bahawa insuran adalah haram, kerana asasnya bagi mereka yang sedang bekerja di sektor swasta, diri anda telah dilindungi oleh Insuran Kelompok (Group Insuran), jadi kenapa anda masih menggunakan kad perubatan tersebut bagi mendapat rawatan apabila diri,isteri atau anak anda selsema, batuk atau demam. Bukankah insuran itu haram?

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya tulisan saya kali ini menaikkan kemarahan para pembaca.

Akhir kata, hentikanlah isu-isu perdebatan sehingga memburukkan industri insuran, sehingga diri sendiri dan orang yang anda sayangi tidak dilindungi oleh insuran (atau takaful), wallahualam bissawab.

-dikemaskini pada 14/11/2009, 10:59am-