Saturday, December 12, 2009

18 - Pemeriksaan Kesihatan.

Tanyakanlah pada diri anda, bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan kesihatan peribadi? Atau anda memang tidak pernah mengambil tahu mengenai tahap kesihatan diri anda. Realitinya, masih ramai dikalangan kita yang mengambil mudah mengenai tahap kesihatan diri sendiri memandangkan usia yang masih muda, sihat dan bertenaga serta tidak pernah menghadapi sebarang penyakit sehingga sekarang.

Cuba imaginasikan rutin harian anda, sepinggan nasi lemak untuk sarapan pagi sebelum memulakan kerja, sepinggan nasi berlaukkan ayam masak kicap bersama segelas air sirap limau untuk makan tengahari dan apabila jam ditangan menunjukkan pukul 5 atau 5:30 petang anda telah bergegas pulang kerumah untuk mengelakkan diri dari menempuhi kesesakan lalulintas. Tambahan pula, dimusim cuti sekolah ini banyak undangan dan jemputan kenduri kahwin disana-sini untuk anda hadiri. Nah, tiada masa untuk anda fikirkan mengenai kesihatan anda.

Dan apabila mendapat penyakit barulah mahu berpantang makan, menjaga kesihatan & memiliki pelan pelaburan dalam insuran.

Apa yang hendak saya sampaikan disinilah ialah, jagalah kesihatan anda mulai dari sekarang bukanya esok, lusa, minggu depan atau bila anda berumur 45 tahun. Begitu juga pelaburan di dalam insuran, sekiranya anda mempunyai niat untuk melabur dalam insuran janganlah melengah-lengahkan niat anda kerana apabila anda mendapat penyakit, maaf, pihak insuran tidak lagi berminat menerima pelaburan anda.

Sebenarnya, saya baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan kesihatan. Seelok-eloknya periksalah tahap kesihatan anda setahun sekali. Lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap :
1.Tekanan darah anda.
2.Tahap kandungan gula.
3.BMI.
4.Ujian air kencing.
5.Tahap kolestrol.

 
Keputusan pemeriksaan kesihatan awal tahun 2009

Namun keputusan ujian akan diketahui pada minggu hadapan kerana sampel darah dan ujian air kencing perlu dihantar ke makmal perubatan untuk dianalisa.

Jumpa minggu depan untuk ketahui keputusan pemeriksaan.

-dikemaskini pada 26/02/2010, 5:17pm-

Saturday, November 14, 2009

17 - Tuntutan insuran yang terkini.

Menariknya mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh MCIS Zurich adalah tuntutannya yang cepat. Apa yang pasti tuntutan-tuntutan di MCIS Zurich akan diproses dalam jangkamasa 3 hari waktu bekerja atau lebih cepat lagi.

Dan sekiranya anda mempunyai beberapa polisi insuran atau takaful dari syarikat atau pengendali takaful yang lain, anda masih lagi boleh membuat tuntutan daripada MCIS Zurich.

 (klik untuk membesarkan gambar)

 (klik untuk membesarkan gambar)
Manfaat/elaun hospital selama 3 hari akibat kemalangan

(klik untuk membesarkan gambar)

(klik untuk membesarkan gambar)
Manfaat/elaun hospital selama 2 hari akibat sakit perut  

Namun tuntuan dibuat dalam jangkamasa sehari sahaja.

-dikemaskini pada 26/021/20109, 5:14pm- 

16 - Insuran vs Takaful

Saya terpanggil untuk menulis apa yang bermain difikiran apabila ramai menyuarakan kepada saya bahawa insuran adalah haram manakala takaful adalah sebaliknya. Telah ramai yang cuba mencari artikel dan pendapat di internet atau dalam forum tempatan mengenai insuran untuk membuktikan bahawa insuran adalah haram.

Nasihat saya, hentikanlah membeza-bezakan produk insuran dan takaful dan hentikanlah membuktikan bahawa insuran adalah haram. Berfikirlah secara waras menggunakan akal fikiran.

Disini, ingin saya berkongsi pendapat mengenai insuran dan takaful. Sebenarnya insuran terbahagi pada 2 perkara iaitu Pelaburan dan Perlindungan.

Insuran = Pelaburan Asas + Perlindungan.

Dalam insuran, apabila anda melabur untuk Pelaburan Asas sahaja, diri anda sebenarnya telah dilindungi. Perlindungan tersebut adalah sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya (meninggal) atau sekiranya pelabur hilang keupayaan untuk bekerja (lumpuh). Ini yang menariknya mengenai insuran kerana ianya boleh berfungsi sebagai pelaburan (mungkin berfungsi sebagai KWSP kepada mereka yang bekerja sendiri atau tambahan pada KWSP yang sedia ada).

Manakala Perlindungan pula merangkumi faedah seperti Medikal Kad, 33 (atau 36) penyakit kritikal, manfaat hospital, manfaat MC dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, pelaburan di MCIS Zurich dipantau oleh Majlis Syariahnya sendiri untuk memastikan bahawa pelaburan tersebut tidak melanggar hukum Syarak. MCIS Zurich tidak melabur dalam aktiviti perjudian, dalam perniagaan yang melibatkan arak dan sebagainya. Jadi dimanakah haramnya insuran? Mungkin pada Perlindungan?

Ingin saya kupaskan pula mengenai Perlindungan.

Seperti yang telah saya katakan, Medikal Kad, 33 penyakit kritikal, manfaat hospital, manfaat MC dan sebagainya adalah sebahagian dari Insuran. Adakah portion perlindungan ini yang dikatakan haram?

Untuk pengetahuan pembaca, para pekerja di sektor swasta telah dilindungi oleh Insuran yang disediakan oleh majikan, dimana perlindungan tersebut dikenali sebagai Group Insuran. Tidak pula yang menyuarakan persoalan adakah kad perubatan yang mereka gunakan di klinik atau di hospital bagi mendapatkan rawatan adalah halal atau haram. Mungkin ini tidak difikirkan kerana kos pembiayaan tersebut ditanggung oleh majikan.

Cuba periksa dalam slip gaji bulanan anda, mungkin ada tertulis perkataan SOCSO, apa yang anda faham mengenai SOCSO? Kenapa anda perlu mencarum dalam SOCSO? bukankah SOCSO juga insuran, bukankah kad perubatan yang digunakan adalah insuran?

Sekali lagi, cukuplah membuktikan bahawa insuran adalah haram, kerana asasnya bagi mereka yang sedang bekerja di sektor swasta, diri anda telah dilindungi oleh Insuran Kelompok (Group Insuran), jadi kenapa anda masih menggunakan kad perubatan tersebut bagi mendapat rawatan apabila diri,isteri atau anak anda selsema, batuk atau demam. Bukankah insuran itu haram?

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya tulisan saya kali ini menaikkan kemarahan para pembaca.

Akhir kata, hentikanlah isu-isu perdebatan sehingga memburukkan industri insuran, sehingga diri sendiri dan orang yang anda sayangi tidak dilindungi oleh insuran (atau takaful), wallahualam bissawab.

-dikemaskini pada 14/11/2009, 10:59am-

Tuesday, November 10, 2009

15 - Latarbelakang YBhg. Sohibus Samahah Dato’ Ismail Bin Yahya.

Sejarah Pendidikan.
2007                 Certificate of Completed a Full Time Course Study on
                        Dakwah and Fatwa Al-Azhar As-Syarief, Arab
                        Republic of Egypt.
1991                 Certificate of Completed a Full Time Course Study on
                        Comparative Religion The Muslim College of London,
                        London.
1988                 Diploma in Law dan Administration of Islamic Judiciary
                        Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
1980                 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan
                        Kepujian Kelas II Atas (Syariah) Universiti
                        Kebangsaan Malaysia.
1972 – 1975      1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
                        2.Sijil Khas Kolej Islam.
                        3.Sijil Tinggi Persekolahan (STP).
                           Kolej Islam Kelang (KIK)
1969 – 1971      Lulus SRP
                        Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin, Ladang,
                        Kuala Terengganu.
1963 – 1968      Sekolah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu.

Pekerjaan Sekarang.
- Mufti Negeri Terengganu.

Pengiktirafan Dan Penganugerahan.
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (1983)
- Ahli Mahkota Terengganu (AMT) (1991)
- Setia Mahkota Terengganu (SMT) (1994)
- Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT), yang membawa
  gelaran Dato’ (1997)
- Pingat Jasa Cemerlang (PJC) (2002)

Sejarah Kerjaya.
- Guru Sementara, Sekolah Rendah Kebangsaan Sea Park,
  Petaling Jaya, Selangor (1976).
- Pegawai Tadbir Hal Ehwal Islam Negeri Terengganu,
  mulai 14 April 1980.
- Nazir Zakat, Waqaf dan Baitulmal, mulai 15 Jun 1980.
- Qadi Negeri Terengganu, Daerah Kemaman, mulai 1 April 1986.
- Dinaikkan pangkat ke Pegawai Tadbir Hal Ehwal Islam, Kanan A-12,
  mulai 20 September 1989, dan dilantik sebagai Ketua Penolong
  Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Bahagian Penguatkuasaan dan
  Pendakwaan) mulai 20 September 1989.
- Dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Hal Ehwal Islam
  Gred A-10, mulai 1 November 1989.
- Ketua Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama
  (Bahagian Penyelidikan), mulai 11 Ogos 1990.
- Timbalan Qadi Besar Terengganu, mulai 1 September 1991.
- Qadi Besar Terengganu, dan dipinjamkan ke Jabatan Kehakiman
  Syariah Terengganu mulai 10 Mac 1994.
- Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, mulai 1997 dan
  beberapa kali Menanggung Kerja Jawatan Ketua Hakim Syarie.
- Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu mulai 1 Julai 2004.
- Dipinjamkan ke Jabatan Mufti Negeri dan ditauliah dan diwartakan
  sebagai Mufti Negeri mulai 1 April 2006.
- Mufti Kerajaan Negeri diberi taraf sebagai Ahli Majlis Mesyuarat
  Kerajaan bukan Ex-Officio oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
  Negeri (Terengganu) mulai 1 Jun 2006.

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:30am- 

14 - Panel Syariah MCIS Zurich.



Untuk pengetahuan semua, MCIS Zurich Insurance Berhad mengamalkan 1 polisi yang mana ianya tidak menggalakan pelaburan terus di dalam saham-saham yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan judi dan arak.Kami bersikap memilih dan berhati-hati di dalam pengambilalihan saham demi memelihara kepentingan dan memenuhi kehendak pelanggan.

Bagi memastikan polisi sentiasa diamalkan, kami mempunyai Jawatankuasa Penasihat Syariah yang berfungsi memantau pilihan keputusan pelaburan syarikat. Sehubungan dengan itu juga, kami ada menawarkan pilihan pelaburan khusus di dalam sekuriti yang dibenarkan Syariah melalui pembelian polisi insuran hayat berkait pelaburan.

Dengan ini, kami berharap dapat mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan anda terhadap kami.

Sekian Terima Kasih. 

Md. Adnan Md. Zain
Ketua Pegawai Eksekutif, MCIS Zurich Insurance Berhad 

Panel Syariah MCIS Zurich

 
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Bin Hussain.
Pengerusi.


 
YBhg. Sohibus Samahah Dato’ Ismail Bin Yahya.  
Mufti Negeri Terengganu 
Ahli Jawatankuasa


Tn. Haji Mustapha @ Mustapa Bin Md Nasir.
Ahli Jawatankuasa. 


Dr. Shofian Bin Ahmad.
Ahli Jawatankuasa. 


Professor Madya. Mostafa Kamal Bin Mokhtar.
Ahli Jawatankuasa.

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:30am-

13 - MCIS Zurich ?

Semalam berkesempatan berbual dengan senior, bekas pelajar sekolah menengah. Berjumpa dengan beliau hanya di dunia maya. Lalu menceritakan mengenai MCIS Zurich. Malangnya beliau tidak pernah mendengar mengenai MCIS Zurich.

Jadi, kali ini saya mahu menceritakan sedikit mengenai MCIS Zurich kerana masih ramai yang belum mengenali latarbelakang MCIS Zurich yang sebenarnya.

Adakah anda mengetahui apakah maksud disebalik MCIS? MCIS adalah singkatan dari Malayan Co-Operative Insurance Society, dan telah wujud pada tahun 1954.

Bermaksud sebelum negara menyambut Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, MCIS sudah wujud dan bertapak di Malaysia. Dan, sebelum syarikat-syarikat insuran asing diluar sana datang ke Malaysia atau pengendali syarikat Takaful mula menampakkan diri di bumi Malaysia, MCIS telah menawarkan perkhidmatanya kepada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.

Sedihnya, masih ramai yang tidak mengetahui kehadiran MCIS Zurich dan memberikan sokongan kepada produk sendir.

Pada tahun 1998, MCIS telah dikopratkan dan dikenali dengan nama MCIS Insurance Berhad.

Akhirnya pada tahun 2002, MCIS bergabung dengan Zurich, sebuah syarikat insuran yang berpengkalan di Switzerland kerana mereka memiliki kepakaran dalam bidang ini.

Sehingga sekarang, terdapat lebih kurang 30 buah cawangan di seluruh Malaysia.

-dikemaskini pada 26/02/2010, 5:11pm-

12 - PRODUK - MZ LadyCare

MZ LadyCare adalah 1 lagi produk dari MCIS Zurich yang direka khusus untuk kaum wanita. Apa yang pasti, MCIS Zurich mengiktiraf kehadiran kaum wanita, lantas produk ini wujud bagi memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada mereka.



Tahukah anda, statistik menunjukkan kaum wanita didapati lebih cenderung menghidap penyakit berbanding lelaki, terutama selepas berumur 40-an (manakala kaum lelaki mempunyai kadar risiko yang tinggi - mengalami risiko kemalangan yang tinggi).







Kepada kaum wanita diluar sana, lindungilah diri anda dengan
MZ LadyCare. Yakinkanlah suami atau diri sendiri menghadiahkan
MZ LadyCare untuk anda.

Oleh sebab itu, gunakanlah kesempatan ini untuk melindungi diri anda kerana terdapat pelan perlindungan yang melindungi diri anda wahai kaum wanita.


(klik untuk membesarkan gambar)

 Akhir kata, wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:29am-