Saturday, September 12, 2009

9 - PRODUK - MZI5G

MZ Income 5G (MZI5G) adalah pelan pelaburan insuran yang tip-top dan paling laris seperti pisang goreng panas di MCIS Zurich. Pelan ini sememangnya pelan yang menjana pendapatan dan simpanan untuk hari persaraan anda kelak kerana pelan ini menawarkan 4 jenis dividen hanya dalam 1 pelan.

Berbanding dengan amanah-amanah saham yang terdapat di Malaysia, pelaburan di amanah saham hanya memberikan 1 jenis dividen sahaja.

Terlebih dahulu, pelan ini memerlukan pelabur untuk menyimpan selama 10 tahun sahaja. Selepas jangkamasa tersebut pelabur tidak perlu lagi menyimpan di MCIS Zurich. Tempoh matang adalah ketika pelabur berusia 88 tahun.

Pelabur juga dibenar mengeluarkan simpanan tersebut pada usia yang lebih awal.

4 jenis dividen tersebut adalah : 
1. dividen kehidupan (survival dividen).
2. dividen tunai tahunan (cash dividen).
3. dividen pilihan (compound dividen).
4. dividen terkumpul (accumulate dividen).

Lihat  contoh pelaburan
Nama Pelabur                 : Mr. Shahrul Reza
Umur                               : 25 tahun
Kelas Pekerjaan              : 1


 (klik untuk membesarkan gambar)

Premium sebulan adalah RM 139.69/sebulan
Premium tahunan adalah RM 1,552.10/setahun (mendapat rebet sekiranya menyimpan secara tahunan).  


(klik untuk membesarkan gambar)

Pelabur yang berusia 25 tahun baru menyimpan RM 15,521.10
Pada usia 55 tahun nilai pelaburan adalah sebanyak RM 45,595.00,
Pada usia 60 tahun nilai pelaburan adalah sebanyak RM 60,238.00.
Tidak perlu tunggu sehingga pelabur berusia 88 tahun, pelaburan boleh dikeluarkan awal sekiranya mahu, tambahan pada perlaburan kwsp anda.

Kenapa tidak mahu melabur ? kerana pelaburan ini :
1. hanya menyimpan 10 tahun sahaja
2. menawarkan perlindungan (kematian dan hilang upaya
    keseluruhan)
3. dapat pelepasan cukai
4. dijamin oleh MCIS Zurich,
5. kerana setiap pelan insuran di Malaysia mendapat kelulusan
    dari Bank Negara Malaysia.

Bagaimana kaum cina  boleh kaya ?
Kaum cina sudah lama mengetahui mengenai faedah insuran, cuma kita sahaja yang masih lemah. Mereka melabur dalam insuran untuk kesenangan anak mereka di kemudian hari. Premium akan diabaikan sekiranya pembayar insuran iaitu ibubapa meninggal dunia, lumpuh atau menghidap salah 1 dari 33 penyakit kritikal. Namun, faedah & perlindungan insuran masih lagi berjalan seperti biasa.
Kaum kita berbangga dengan berhutang, kaum lain telah maju ke hadapan, insuran bukan lagi perlindungan, insuran adalah pelaburan! sebab sekiranya terjadi apa-apa kepada ketua keluarga, anak sudah tidak perlu lagi menyimpan dalam insuran.

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:27am-

8 - PRODUK - MZI5G (contoh penerangan).

Lihat pula pelaburan untuk kanak-kanak yang baru lahir. 

Berumur               : setahun
Perlindungan         : RM 20,000.00
Pelaburan setahun : RM 3,180.38 (bergantung pada kemampuan anda)
Untuk 10 tahun      : RM 31,8038.00


(klik untuk membesarkan gambar)



(klik untuk membesarkan gambar)


Pada usia 75 tahun : RM  1,264,440.00

Pelabur dibenarkan untuk mengeluarkan pelaburan awal sekiranya mahu,  contoh :
Pada usia 51 tahun : RM 297,004.00
Pada usia 36 tahun : RM 125,166.00

Pelabur baru sahaja melabur sebanyak RM 31,8038.00

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:26am-


Friday, September 11, 2009

7 - PRODUK - Teras Malaysia Extra.



Teras Malaysia Extra, apa yang dapat saya katakan, saya berpuas hati dengan pelan perlindungan ini. Pelan ini sebenarnya adalah dari pelan program perlindungan negara (www.niam.org.my/teras.html) yang direka khusus untuk keperluan rakyat Malaysia.

Terdapat beberapa buah syarikat insuran dan takaful iaitu MCIS Zurich, Hong Leong Assurance Berhad, AmAssurance Berhad, Malaysian Insurance Assurance Berhad dan Etiqa Insurance Berhad yang menawarkan pelan ini.

Sebelum ini, Teras Malaysia Extra dikenali sebagai Teras Malaysia tetapi bermula pada tahun ini (atau lebih tepat lagi pada 9 Februari  2009) ianya dikenali dengan nama baru - Teras Malaysia Extra. Saya sendiri telah memiliki pelan ini dan berpuashati dengan pelan yang ditawarkan kerana pelan ini adalah perlindungan yang sebenar kepada jawapan untuk memiliki polisi insuran.

Saya telah memiliki pelan ini ketika ianya dikenali sebagai Teras Malaysia, namun begitu apabila Teras Malaysia bertukar pada nama baru, apa yang dapat saya katakan ialah pelan ini bertambah mantap! ada Extra perlindungan, cukup dengan hanya memiliki pelan asas (saya tidak gemar menggunakan istilah membeli insuran kerana bagi saya insuran bukannya  untuk dibeli, insuran adalah pelaburan) tanpa memiliki perlindungan tambahan (dalam insuran perlindungan tambahan dikenali sebagai rider).


Teras Malaysia yang lama

Untuk pengetahuan semua, pelan insuran berbeza dari 1 pelan ke pelan yang lain dan dari 1 syarikat ke syarikat yang lain, ia mempunyai kelebihannya sendiri. Akan saya ceritakan mengenai pelan ini dan anda tentukan apa yang menarik mengenai Teras Malaysia Extra. Jadi jangan tunggu untuk membandingkan sesebuah pelan insuran dari 1 syarikat ke 1 syarikat, sehingga anda tidak langsung memiliki pelan insuran. Semua pelan insuran dan pelan takaful adalah bagus belaka dan mempunyai kekuatan masing-masing.

Hmmm... nilai simpanan pelaburan insuran (premium) seseorang individu adalah berbeza mengikut umur, jantina, jenis pekerjaan dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, saya tidak dapat nyatakan secara tepat berapakah nilai pelaburan seseorang individu, hanya apabila data seperti umur dan jantina di masukkan ke dalam sistem barulah nilai pelaburan dapat diketahui.

1. Pelaburan.
    Simpanan dalam pelan ini tidak memberikan sebarang
    dividen/bonus/faedah apabila matang. Ha! ini yang saya
    suka mengenai pelan Teras Malaysia Extra. Apabila matang,
    wang tersebut adalah wang titik peluh anda bekerja!
    Boleh gunajan wang tersebut untuk pergi haji,
    InsyaAllah mabrur haji anda. 

2. Perlindungan (manfaat).
    Melabur dalam pelan ini sahaja sudah memperolehi perlindungan,
    Apakah perlindungan tersebut ?

   i. Hospital income benefit (hib).
      -Sehari apabila anda dihospitalkan, elaun sebanyak RM 50.00
       akan diberikan kepada anda (terhad sehingga 45 hari
       untuk setahun)
      -Sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa elaun hospital adalah
       terhad hingga 300 hari. 

  ii. Penyakit kritikal.
      -Sekiranya pelabur insuran didapati menghidap salah 1 dari 36
       penyakit kritikal, maka sejumlah wang sebanyak RM 10, 000.00
       akan diberikan.
      -Premium insuran masih berjalan. 

 iii. Hilang keupayaan untuk bekerja (lumpuh).
      -Sekiranya pelabur hilang keupayaan untuk bekerja dan sebelum
       mencapai umur 65 tahun serta apabila disahkan bahawa pelabur
       tersebut hilang upaya untuk bekerja :

      a. Semua premium yang disimpan diabaikan.
      b. Bayaran tuntutan akan dibayar sebanyak 2 kali. kali pertama
          adalah sebanyak 20% dari nilai perlindungan, 6 bulan dari tarikh
          diagnosis. pembayaran ke-2 adalah sebanyak 80% dari tarikh
          diagnosis dan polisi akan ditamatkan.

  iv. Sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya.
        -Kematian biasa, nilai perlindungan akan diberikan kepada waris.
        -Kematian akibat kemalangan, pampasan adalah 2 kali ganda
         dari nilai perlindungan. 


sekiranya pelabur meninggal dunia akibat kemalangan
faedah tuntutan adalah sebanyak 2 kali ganda, RM200,000.00 

3. Perbelanjaan pengkebumian.
    Sekiranya pelabur insuran meninggal dunia, perbelanjaan
    pengkebumian sebanyak RM 2,000.00 akan diberikan.

4. Matang.
    Apabila polisi matang dan sekiranya tiada tuntutan dibuat ke atas
    hilang keupayaan kekal maka, wang anda akan dikembalikan
    tanpa sebarang faedah.

*nilai had maksima pampasan adalah RM 1, 000, 000.00.
*maklumat ini hendaklah dibaca & perlu diterangkan oleh wakil
 insuran anda.

Faq
1. Kenapa apabila seseorang pelabur hilang upaya untuk bekerja
    (lumpuh), pampasan diberikan 2 kali (20% dan 80%), kenapa
    tidak diberi sekaligus.
2. Kenapa bila pelabur menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal
    premium diabaikan ?
3. Apakah 36 penyakit kritikal tersebut ?

Dapatkan dahulu penerangan insuran dari wakil insuran atau takaful yang sah dan peramah :)

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:25am-


Thursday, September 10, 2009

6 - Claim insuran yang ke-2

Tuntutan insuran untuk yang ke-2 adalah ketika bersukan iaitu ketika bermain badminton. Kaki kanan berbalut selama sebulan dan mendapat cuti mc juga lebih kurang sebulan.

Tuntutan yang ke-2 ini dibuat atas faedah ECPAB (Personal Accident Benefit).

 



 

 

 

Dapat sebanyak RM 245.00.
-dikemaskini pada 25/02/2010, 1:04pm-

5 - Claim insuran yang pertama

Admit sahaja dihospital, anda akan mendapat elaun harian hospital, sesiapa pun pasti mahukan wang, semua orang mahu tetapi tiada sesiapa mahu dihospitalkan.


 
Ini adalah tuntutan insuran saya yang pertama disebabkan penyakit meningitis. Tuntutan dibuat atas elaun hospital iaitu sebanyak
RM 100/sehari.

Untuk membuat sesuatu tuntutan, borang tuntutan perlulah diisi oleh doktor yang merawat anda. Tugas untuk mendapatkan tandatangan doktor adalah tugas anda, sedikit fee akan dikenakan oleh doktor apabila mengisi borang tuntutan. Fee tersebut berbeza dari seorang doktor ke doktor yang lain, dan anda yang perlu menanggung fee tersebut.

Setelah borang ditandatangani oleh doktor, sila kembalikan pada wakil insuran anda.



Dan.. cek akan dapat sehari selepas itu (hantar pada 12 feb 08, terima cek pada 13 feb 08). InsyaAllah, di MCIS Zurich tuntutan akan dapat dalam masa sehari atau dalam jangkamasa seminggu. Tuntutan yang melibatkan kematian mengambil masa yang agak lama sedikit, iaitu dalam jangkamasa sebulan.

-dikemaskini pada 25/02/2010,10:03am-

4 - Meningitis

Meningitis?

Adakah nama saintifik untuk bunga orkid ? bukan! sila rujuk artikel di http://jknperak.moh.gov.my/modules/mastop_publish/files/files_4a1f2af69f650.pdf untuk mengetahui penyakit meningitis atau dikenali sebagai radang selaput otak.

Penyakit ini selalunya menyerang kanak-kanak namun pada tahun 2007, diri saya sendiri telah dijangkiti oleh virus ini.

Saya mahu kongsikan bersama pengalaman dijangkiti virus ini.

Hmmm..... kesan penyakit ini adalah seperti migrain iaitu sakit kepala yang berterusan - tidur sakit kepala, menonton t.v.. sakit kepala, makan.. sakit kepala, baring.. sakit kepala, pendek kata apa sahaja yang dilakukan, sakit kepala. Huh! mula-mula menghidap penyakit ini, saya cuma mengambil panadol, budget hanya sakit kepala biasa sahaja kerana saya mudah mendapat sakit kepala. 3 kali jugalah ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat. Pada kali yang ke-3, doktor merujuk  kes saya ke hospital yang berdekatan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk diperiksa di hospital Pantai Cheras kerana hospital tersebut merupakan hospital yang berdekatan dengan rumah.


Hari pertama di Hospital Pantai masih lagi boleh ceria, boleh senyum dengan rakan sekerja yang datang melawat. Masuk hari yang ke entah berapa, saya sudah letih sebab sudah 24 jam sakit kepala :( . Hari pertama, simptom seperti tidak boleh melihat cahaya lampu mula dirasai, akhirnya, saya cuma menutup mata dengan kain tuala. Simptom tidak boleh melihat cahaya  dipanggil photobobia. Lama-kelamaan penyakit ini semakin serius dan saya terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi (icu). Malah saya juga tidak boleh mendengar bising. Apa yang berlaku adalah saya ditempatkan di dalam sebuah bilik yang gelap dalam bilik icu tersebut.

Sebenarnya bilik gelap tersebut adalah bilik stor untuk menyimpan ubat, pihak hospital membersihkan bilik itu dan saya telah ditempatkan ke dalam bilik gelap tersebut kerana saya memerlukan privacy dari pesakit yang lain, saya tidak boleh melihat cahaya lampu atau persekitan yang  bising (pendengaran sudah jadi seperti bionicman). 

The worst part apabila dijangkiti meningitis adalah mengenai rawatan. Rawatannya cuma memasukkan fluid untuk melawan virus tetapi untuk mengesan kehadiran virus di otak, rawatan tersebut dipanggil lumbar puncture (lb) (sila rujuk m/s3 artikel yang diambil dari internet). Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya rawatan ini. Walaupun telah dibius, beberapa kali jugalah rawatan ini dilakukan kerana untuk melihat kuantiti virus samada masih banyak atau telah berkurangan. Rawatan lb dilakukan pada tulang belakang kerana tulang belakang bersambung terus dengan otak manusia, jadi kehadiran virus cuma dapat dipastikan dengan kaedah ini.

1 lagi rawatan dipanggil M.R.I (http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?pg=bodymr).

Pada hari yang ke-20, saya dibenarkan pulang, walaupun begitu kepala masih terasa pening dan masih lagi sakit kepala serta tidak boleh lihat cahaya lampu, agak lama jugalah untuk mengambil masa pulih dari sakit kepala dan sensitif terhadap cahaya lampu.

Dan sekarang, Alhamdullilah saya kembali pulih dari penyakit tersebut, anda mahu tahu kos rawatan tersebut ?






Kos keseluruhan rawatan adalah sebanyak...., biarlah rahsia. Bertemulah dengan saya untuk mengetahuinya. Saya hanya perlu membayar sebanyak RM 906.90 sahaja dari kos keseluruhan rawatan.

Bayangkan sekiranya berlaku pada diri sendiri, walaupun mempunyai insuran kelompok dari syarikat tempat kita bekerja tetapi insuran tersebut mempunyai had tahunan dan dikongsi bersama oleh ahli keluarga. Sekiranya had tahunan telah habis digunakan dan berlaku sesuatu pada orang yang kita sayangi, pada isteri atau anak sendiri, kepada siapa anda mahu minta?

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:24am-

3 - Menabunglah dimana sahaja.

Nasihat saya kepada pembaca diluar sana, menabunglah dari sekarang untuk masa depan anda. Menabunglah tidak kira dalam bank, amanah-amanah saham, sijil simpanan premium, unit trust, tabung haji atau dibawah bantal. Pelbagaikan pelaburan anda. Simpanlah sedikit dalam insuran kerana masih ramai yang tidak mahu menyimpan dalam insuran. 

Ramai yang berfikir insuran merugikan kerana menggunakan istilah membayar, sebenarnya anda menyimpan untuk kegunaan di hari tua. Bila mahu mulakan simpanan? esok? lusa? mulakan dari sekarang kerana anda boleh melabur bergantung pada kemampuan anda. Boleh berbincang dengan wakil insuran. Saya juga melabur dalam insuran walaupun dengan gaji yang kecil, masih lagi mampu untuk melabur 2 pelan insuran berkonsepkan simpanan sebagai bekalan bila sudah bersara nanti, masih mampu membayar sewa rumah dan bayaran ansuran bulanan kereta serta menyimpan di dalam amanah saham!
simpan semasa masih sihat, simpan sewaktu masih muda dan mulakan pelaburan sewaktu diri anda masih bujang kerana anda belum mempunyai komitmen terhadap orang lain.

Antara faedah menyimpan dalam insuran (pelan insuran yang asas sahaja) : 
1.Perlindungan (sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya atau 
   hilang upaya kekal)
2.Pelaburan ( memperolehi dividen/bonus/ bonus matang)
3.Pelepasan cukai pendapatan.
4.Sekiranya menyimpan secara tahunan, mendapat sebulan rebet!

Bandingkan pula faedah pelaburan di amanah saham, faedahnya : 
1.Faedah yang tinggi.
2.Tiada perlindungan (sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya 
   dan sekiranya tiada penama, pelaburan akan disalurkan ke amanah
   raya berhad).
3.Tiada pelepasan cukai.
4.Tidak mendapat rebet sekiranya simpan secara tahunan.
5.Bulan ini simpan, bulan depan sudah boleh bawa keluar,
   jadi dimana simpanannya? :p

Bukannya untuk mengutuk pelaburan amanah saham cuma kita pelbagaikan pelaburan, boleh?

Malah terdapat pelan asas di MCIS Zurich yang menawarkan perlindungan hanya dengan pelan asas sahaja dan sekiranya anda mempunyai wang di kemudian hari, tambah pula untuk perlindungan tambahan (riders) ke atas pelan asas tersebut, kan senang, sekiranya tidak mahu tak mengapa, dapatkan pelaburan asas dahulu.

Jangan risau mengenai pelaburan anda di institusi insuran kerana pelaburan anda di jamin oleh syarikat insuran tersebut dan semua institusi insuran di Malaysia dipantau oleh Bank Negara Malaysia.


-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:23am-