Thursday, September 10, 2009

4 - Meningitis

Meningitis?

Adakah nama saintifik untuk bunga orkid ? bukan! sila rujuk artikel di http://jknperak.moh.gov.my/modules/mastop_publish/files/files_4a1f2af69f650.pdf untuk mengetahui penyakit meningitis atau dikenali sebagai radang selaput otak.

Penyakit ini selalunya menyerang kanak-kanak namun pada tahun 2007, diri saya sendiri telah dijangkiti oleh virus ini.

Saya mahu kongsikan bersama pengalaman dijangkiti virus ini.

Hmmm..... kesan penyakit ini adalah seperti migrain iaitu sakit kepala yang berterusan - tidur sakit kepala, menonton t.v.. sakit kepala, makan.. sakit kepala, baring.. sakit kepala, pendek kata apa sahaja yang dilakukan, sakit kepala. Huh! mula-mula menghidap penyakit ini, saya cuma mengambil panadol, budget hanya sakit kepala biasa sahaja kerana saya mudah mendapat sakit kepala. 3 kali jugalah ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat. Pada kali yang ke-3, doktor merujuk  kes saya ke hospital yang berdekatan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk diperiksa di hospital Pantai Cheras kerana hospital tersebut merupakan hospital yang berdekatan dengan rumah.


Hari pertama di Hospital Pantai masih lagi boleh ceria, boleh senyum dengan rakan sekerja yang datang melawat. Masuk hari yang ke entah berapa, saya sudah letih sebab sudah 24 jam sakit kepala :( . Hari pertama, simptom seperti tidak boleh melihat cahaya lampu mula dirasai, akhirnya, saya cuma menutup mata dengan kain tuala. Simptom tidak boleh melihat cahaya  dipanggil photobobia. Lama-kelamaan penyakit ini semakin serius dan saya terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi (icu). Malah saya juga tidak boleh mendengar bising. Apa yang berlaku adalah saya ditempatkan di dalam sebuah bilik yang gelap dalam bilik icu tersebut.

Sebenarnya bilik gelap tersebut adalah bilik stor untuk menyimpan ubat, pihak hospital membersihkan bilik itu dan saya telah ditempatkan ke dalam bilik gelap tersebut kerana saya memerlukan privacy dari pesakit yang lain, saya tidak boleh melihat cahaya lampu atau persekitan yang  bising (pendengaran sudah jadi seperti bionicman). 

The worst part apabila dijangkiti meningitis adalah mengenai rawatan. Rawatannya cuma memasukkan fluid untuk melawan virus tetapi untuk mengesan kehadiran virus di otak, rawatan tersebut dipanggil lumbar puncture (lb) (sila rujuk m/s3 artikel yang diambil dari internet). Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya rawatan ini. Walaupun telah dibius, beberapa kali jugalah rawatan ini dilakukan kerana untuk melihat kuantiti virus samada masih banyak atau telah berkurangan. Rawatan lb dilakukan pada tulang belakang kerana tulang belakang bersambung terus dengan otak manusia, jadi kehadiran virus cuma dapat dipastikan dengan kaedah ini.

1 lagi rawatan dipanggil M.R.I (http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?pg=bodymr).

Pada hari yang ke-20, saya dibenarkan pulang, walaupun begitu kepala masih terasa pening dan masih lagi sakit kepala serta tidak boleh lihat cahaya lampu, agak lama jugalah untuk mengambil masa pulih dari sakit kepala dan sensitif terhadap cahaya lampu.

Dan sekarang, Alhamdullilah saya kembali pulih dari penyakit tersebut, anda mahu tahu kos rawatan tersebut ?






Kos keseluruhan rawatan adalah sebanyak...., biarlah rahsia. Bertemulah dengan saya untuk mengetahuinya. Saya hanya perlu membayar sebanyak RM 906.90 sahaja dari kos keseluruhan rawatan.

Bayangkan sekiranya berlaku pada diri sendiri, walaupun mempunyai insuran kelompok dari syarikat tempat kita bekerja tetapi insuran tersebut mempunyai had tahunan dan dikongsi bersama oleh ahli keluarga. Sekiranya had tahunan telah habis digunakan dan berlaku sesuatu pada orang yang kita sayangi, pada isteri atau anak sendiri, kepada siapa anda mahu minta?

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:24am-