Wednesday, September 9, 2009

1 - Fikirkan sebentar..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada tahun 2007, bermulalah pengalaman baru di dalam hidup ini kerana saya menjadi wakil insuran peribadi untuk syarikat MCIS Zurich. Saya telah melibatkan diri dalam industri ini lebih kurang 3 tahun lebih dan masih dalam proses untuk mempelajari selok-belok dan memperbaiki ilmu yang ada di dalam bidang ini.

Kenapa melibatkan diri dalam bidang ini? 
Jawapan yang paling ringkas bagi saya menjawabnya adalah kerana mahu membantu dan memberi kesedaran mengenai insuran kepada orang ramai.

Membantu?
Masih ramai dikalangan bumiputera yang masih belum memiliki insuran (jamin) atau takaful (diambil dari bahasa arab iaitu al-kafalah yang membawa maksud jamin-menjamin). Kenapa bangsa kita jadi begitu? Tidak mahu memiliki insuran atau takaful? Sedangkan bangsa lain telah memiliki pelan insuran atau takaful walapun mereka bekerja disektor kerajaan,swasta atau bekerja sendiri.

Antara maklumbalas yang dapat saya rumuskan adalah, insuran hanya membazirkan wang, ada yang tidak menghiraukan langsung mengenai insuran - insuran merupakan perkara terakhir yang akan difikirkan apabila melibatkan kewangan. Masih ada yang sanggup menyimpan untuk membeli kamera SLR atau DSLR dari mengambil Medikal Kad yang bernilai mungkin kurang RM50/sebulan untuk anaknya sendiri. Dan bila ditanya mengenai perlindungan peribadi, jawapanya, "tiada duit", Terpulanglah pada anda, itu anak anda bukan anak saya.

Pada pemerhatian dan pandangan saya, mentaliti kaum melayu masih lemah - tidak mahu berfikir seketika terhadap diri sendiri atau orang yang disayangi sekiranya berlaku sesuatu pada individu tersebut pada masa akan datang.

"Tidak berlaku apa-apa pun pada diri ini sehingga sekarang!, esok atau lusa pasti tiada apa yang akan berlaku kerana pengalaman dan sejarah kehidupan telah membuktikan segalanya", betulkah tanggapan ini? katakan seseorang mampu hidup untuk 30 tahun lagi, tanyakan pada diri sendiri untuk jangkamasa bagi tempoh 30 tahun tersebut, apa yang terjadi?  Jawapannya, Allahu'alam kerana kita tidak mengetahui.

Bagi yang masih bujang, mereka akan memikirkan, "sekiranya meninggal, wang pampasan bukannya akan dapat", ini adalah antara maklumbalas dan pendapat yang dapat saya kongsikan bersama apabila diajukan soalan kepada mereka mengenai insuran.

Tetapi sekiranya ditakdirkan berlaku sesuatu, dan insan tersebut tidak pergi buat selama-lamanya, hanya hilang keupayaan untuk bekerja (lumpuh). Fikirkan sebentar, berikan 3 nama yang mampu membantu anda menjalani kehidupan seterusnya. Adakah mahu bergantung harap pada ibu dan ayah lagi? mungkin, tapi cukuplah bantuan ibu dan ayah yang telah menjaga dan membesarkan kita sejak dari kecil hingga dewasa. Masihkah kita mahu menambahkan beban kewangan mereka untuk menjaga kita sekiranya berlaku kejadian seperti demikian?


Bagi yang mempunyai keluarga, sekiranya berlaku sesuatu pada ketua keluarga, fikirkan sebentar apa yang ditinggalkan untuk anak dan isteri. Hutang? atau sekiranya anak anda yang berusia sebulan memerlukan kos rawatan di IJN sebanyak RM40,000.00  adakah anda mempunyai wang untuk menanggung kos rawatan tersebut? sekiranya tidak mampu kepada siapa mahu dipinta?

Kesedaran.

Tahukah anda, sekiranya melabur di dalam insuran dan sekiranya tiada apa-apa yang berlaku, pelabur akan mendapat semula wang pelaburan sepenuhnya. Wang tersebut boleh digunakan untuk pergi menunaikan haji kerana itu adalah wang titik peluh anda bekerja! bebas dari dividen, bonus dan faedah walaupun disimpan di Tabung Haji.

Tahukah anda, terdapat pelan simpanan asas dalam insuran yang berfungsi seperti KWSP? Pada masa yang sama pelan ini melindungi pelabur. Pelan ini adalah sangat sesuai bagi semua golongan samada kepada mereka yang bekerja sendiri (kerana peniaga tidak mempunyai caruman kwsp), kepada kakitangan swasta ataupun kerajaan & juga kepada anak yang mahu melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.


Oleh sebab itu, luangkan sedikit masa untuk membaca blog ini, semoga minda anda terbuka mengenai insuran, terutamanya pelan dari MCIS Zurich :)

Salam..

-dikemaskini pada 24/02/2010, 4:51pm-