Jawapanya adalah, Ya. Bukan setakat 1 polisi insuran tetapi 2 polisi insuran dari MCIS Zurich dan pelan ini adalah pelan pelaburan dan perlindungan.
Ingin saya suarakan sedikit pendapat mengenai financial planning. Apa yang saya mahu suarakan disini adalah ramai diantara kita yang masih lemah dalam merancang perbelanjaan harian atau bulanan. Akhirnya, diri sendiri bermegah membuat hutang peribadi dengan bank-bank tempatan. Pinjaman dibuat bagi menglangsaikan hutang kad kredit. Buat hutang untuk menyelesaikan hutang.
Berbalik pada topik menyimpan, Terdapat pelbagai jenis simpanan yang telah saya ciptakan untuk diri sendiri iaitu pelan :
1.Very short term investment.
2.Short term investment.
3.Long term investment.
4.Very long term investment.
1. Very short term investment
Sebenarnya apa yang hendak saya katakan disini ialah insuran sebenarnya adalah salah 1 medium untuk menyimpan selain di bank, amanah-amanah saham, unit trust, bond dan lain-lain lagi.
Saya juga menyimpan dalam tabung ( very short term investment) - hari ini simpan, esok atau lusa mungkin sudah mengeluarkan wang simpanan tersebut bagi membayar duit minyak kereta dan sebagainya :), menyimpan di asb dan asw (long term investment), dan last but not least, saya juga menyimpan dalam insuran (very long term investment).
Wang pelaburan dalam insuran sebenarnya hendak saya gunakan untuk menunaikan ibadat haji kerana pelan insuran yang saya miliki akan memulangkan semula wang pelaburan apabila telah matang nanti tanpa sebarang faedah sekiranya tiada tuntutan dibuat.
Untuk pengetahuan semua, pelaburan insuran di MCIS Zurich dipantau oleh Majlis Syariahnya sendiri. Bermakna, MCIS Zurich tidak melaburkan dalam aktiviti-aktiviti haram seperti lumba kuda atau di kedai-kedai arak. Oleh sebab itu, pelabur tidak perlu takut atau risau menggunakan wang tersebut untuk menunaikan haji sekiranya pelaburan insuran di MCIS Zurich sah dari sudut Islam.
Satu lagi yang menarik mengenai insuran adalah mendapat pelepasan cukai sehingga RM 6000.00. Cuba anda semua periksa dalam Borang BE LHDN atau borang cukai online, LHDN memberikan pelepasan cukai untuk insuran nyawa dan KWSP, bermaksud kerajaan sebenarnya menggalakan pelaburan dalam insuran dan tidak dilupakan pelan takaful, kenapa masih ada yang tidak mahu melabur dalam insuran atau takaful?
-dikemaskini pada 24/02/2010, 5:10pm-