Nasihat saya kepada pembaca diluar sana, menabunglah dari sekarang untuk masa depan anda. Menabunglah tidak kira dalam bank, amanah-amanah saham, sijil simpanan premium, unit trust, tabung haji atau dibawah bantal. Pelbagaikan pelaburan anda. Simpanlah sedikit dalam insuran kerana masih ramai yang tidak mahu menyimpan dalam insuran.
Ramai yang berfikir insuran merugikan kerana menggunakan istilah membayar, sebenarnya anda menyimpan untuk kegunaan di hari tua. Bila mahu mulakan simpanan? esok? lusa? mulakan dari sekarang kerana anda boleh melabur bergantung pada kemampuan anda. Boleh berbincang dengan wakil insuran. Saya juga melabur dalam insuran walaupun dengan gaji yang kecil, masih lagi mampu untuk melabur 2 pelan insuran berkonsepkan simpanan sebagai bekalan bila sudah bersara nanti, masih mampu membayar sewa rumah dan bayaran ansuran bulanan kereta serta menyimpan di dalam amanah saham! simpan semasa masih sihat, simpan sewaktu masih muda dan mulakan pelaburan sewaktu diri anda masih bujang kerana anda belum mempunyai komitmen terhadap orang lain.
Antara faedah menyimpan dalam insuran (pelan insuran yang asas sahaja) :
1.Perlindungan (sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya atau
hilang upaya kekal)
hilang upaya kekal)
2.Pelaburan ( memperolehi dividen/bonus/ bonus matang)
3.Pelepasan cukai pendapatan.
4.Sekiranya menyimpan secara tahunan, mendapat sebulan rebet!
Bandingkan pula faedah pelaburan di amanah saham, faedahnya :
1.Faedah yang tinggi.
2.Tiada perlindungan (sekiranya pelabur pergi buat selama-lamanya
dan sekiranya tiada penama, pelaburan akan disalurkan ke amanah
raya berhad).
3.Tiada pelepasan cukai.
4.Tidak mendapat rebet sekiranya simpan secara tahunan.
5.Bulan ini simpan, bulan depan sudah boleh bawa keluar,
jadi dimana simpanannya? :p
Bukannya untuk mengutuk pelaburan amanah saham cuma kita pelbagaikan pelaburan, boleh?
Malah terdapat pelan asas di MCIS Zurich yang menawarkan perlindungan hanya dengan pelan asas sahaja dan sekiranya anda mempunyai wang di kemudian hari, tambah pula untuk perlindungan tambahan (riders) ke atas pelan asas tersebut, kan senang, sekiranya tidak mahu tak mengapa, dapatkan pelaburan asas dahulu.
Jangan risau mengenai pelaburan anda di institusi insuran kerana pelaburan anda di jamin oleh syarikat insuran tersebut dan semua institusi insuran di Malaysia dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

-dikemaskini pada 10/11/2009, 8:23am-