Tanyakanlah pada diri anda, bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan kesihatan peribadi? Atau anda memang tidak pernah mengambil tahu mengenai tahap kesihatan diri anda. Realitinya, masih ramai dikalangan kita yang mengambil mudah mengenai tahap kesihatan diri sendiri memandangkan usia yang masih muda, sihat dan bertenaga serta tidak pernah menghadapi sebarang penyakit sehingga sekarang.
Cuba imaginasikan rutin harian anda, sepinggan nasi lemak untuk sarapan pagi sebelum memulakan kerja, sepinggan nasi berlaukkan ayam masak kicap bersama segelas air sirap limau untuk makan tengahari dan apabila jam ditangan menunjukkan pukul 5 atau 5:30 petang anda telah bergegas pulang kerumah untuk mengelakkan diri dari menempuhi kesesakan lalulintas. Tambahan pula, dimusim cuti sekolah ini banyak undangan dan jemputan kenduri kahwin disana-sini untuk anda hadiri. Nah, tiada masa untuk anda fikirkan mengenai kesihatan anda.
Dan apabila mendapat penyakit barulah mahu berpantang makan, menjaga kesihatan & memiliki pelan pelaburan dalam insuran.
Apa yang hendak saya sampaikan disinilah ialah, jagalah kesihatan anda mulai dari sekarang bukanya esok, lusa, minggu depan atau bila anda berumur 45 tahun. Begitu juga pelaburan di dalam insuran, sekiranya anda mempunyai niat untuk melabur dalam insuran janganlah melengah-lengahkan niat anda kerana apabila anda mendapat penyakit, maaf, pihak insuran tidak lagi berminat menerima pelaburan anda.
Sebenarnya, saya baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan kesihatan. Seelok-eloknya periksalah tahap kesihatan anda setahun sekali. Lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap :
1.Tekanan darah anda.
2.Tahap kandungan gula.
3.BMI.
4.Ujian air kencing.
5.Tahap kolestrol.
1.Tekanan darah anda.
2.Tahap kandungan gula.
3.BMI.
4.Ujian air kencing.
5.Tahap kolestrol.
Keputusan pemeriksaan kesihatan awal tahun 2009
Namun keputusan ujian akan diketahui pada minggu hadapan kerana sampel darah dan ujian air kencing perlu dihantar ke makmal perubatan untuk dianalisa.
Jumpa minggu depan untuk ketahui keputusan pemeriksaan.
Jumpa minggu depan untuk ketahui keputusan pemeriksaan.
-dikemaskini pada 26/02/2010, 5:17pm-